Tahniah buat skuad bola jaring negara yang muncul sebagai juara di kejohanan ‘Hong Kong Four Nations Netball Tournament 2019’.
Kali terakhir pasukan bola jaring Malaysia memenangi kejuaraan adalah pada Sukan SEA 2017, di Kuala Lumpur.
Kejohanan yang berlangsung selama 4 hari (28hb Februari 2019 – 3 Mac 2019) itu disertai oleh empat negara iaitu Malaysia, Thailand, Gibraltar dan Hong Kong.
Malaysia memulakan kejohanan tersebut dengan membelasah pasukan Gibraltar dengan keputusan 61-27. Seterusnya pada hari kedua kejohanan, pasukan Malaysia meneruskan rentak kemenangan untuk menewaskan pasukan Thailand dengan keputusan 59-30, sebelum tewas kepada pasukan Hong Kong dengan keputusan 31-58 pada hari ketiga.
Bangkit daripada kekalahan kepada pasukan tuan rumah pada pusingan awal, Malaysia menjadikan keputusan 57-44 untuk mengecewakan pasukan Hong Kong pada perlawanan akhir, seterusnya menjadi juara pada kejohanan tersebut.
Klik sini untuk menyaksikan perlawanan akhir antara pasukan Malaysia dan Hong Kong.
Sumber gambar: Twitter @myTeamMAS

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.
lagendapress@gmail.com
Artikel berkaitan
Messi atasi rekod Pelé
Robert Lewandowski menangi anugerah FIFA sebagai Pemain Lelaki Terbaik 2020
Schumacher juara F2 2020