Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

Siput Sedut Masak Lemak

Bahan-bahan:

  • Siput sedut – 300 gram
  • Bawang putih – 3 ulas
  • Bawang besar – 1 ulas
  • Halia – 1 sentimeter
  • Cili padi – 12 biji
  • Ubi keledek – 1 biji
  • Serai – 1 batang
  • Daun kunyit – 1 helai
  • Serbuk kunyit – ½ sudu besar
  • Santan – 1 cawan
  • Garam – secukup rasa
  • Air – secukupnya
  • Minyak masak – secukupnya

Baca artikel: Manfaat tiram terhadap seks dan sistem reproduktif

Cara menyediakan:

  1. Bersihkan siput sedut dengan membuang hujungnya, basuh dan direbus.
  2. Kisar bawang putih, bawang besar, halia dan cili padi.
  3. Panaskan sedikit minyak masak ke dalam periuk.
  4. Tumis bahan kisar tadi sehingga kering.
  5. Masukkan segelas air bersama ubi keledek.
  6. Biarkan sehingga mendidih dan ubi keledek menjadi lembut.
  7. Masukkan siput sedut yang telah dibersihkan tadi.
  8. Masukkan serai yang telah diketuk bersama hirisan daun kunyit.
  9. Masukkan santan, serbuk kunyit dan garam.
  10. Tambahkan sedikit air jika perlu.
  11. Gunakan api sederhana dan kacau perlahan-lahan sehingga mendidih dan masak.
  12. Siput Sedut Masak Lemak siap untuk dihidangkan.
 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!