Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

Siakap Mentega Berlada

Siakap Mentega Berlada

Bahan-bahan:

  • Ikan siakap – 1 ekor
  • Mentega – 1 sudu besar
  • Serbuk lada hitam – 1 sudu kecil
  • Daun kari – 1 tangkai
  • Cili padi – 7 biji
  • Sos cili – 1 sudu kecil
  • Sos tomato – 1 sudu kecil
  • Susu sejat berkrim – 150 gram
  • Stok ayam – 1 sudu kecil
  • Garam – 1 ½ sudu kecil
  • Gula –  1 ½ sudu kecil
  • Minyak masak – secukupnya

Baca artikel: Sihatkan jantung dengan memakan cili

Cara menyediakan:

  1. Goreng ikan dengan menggunakan teknik deep fried sehingga masak dan rangup sebelum diasingkan ke tepi.
  2. Panaskan dua sudu minyak masak ke dalam kuali.
  3. Gunakan api sederhana dan masukkan mentega ke dalam kuali.
  4. Masukkan cili padi yang telah ditumbuk bersama daun kari.
  5. Tumis hingga sederhana kering dan wangi.
  6. Masukkan sos cili, sos tomato, stok ayam, garam dan gula.
  7. Tumis dan gaulkan semua bahan hingga sebati.
  8. Masukkan susu sejat berkrim dan kecil api masakan.
  9. Gaulkan semua bahan perlahan-lahan dan biarkan hingga mendidih.
  10. Tuangkan sos mentega berlada yang telah siap dimasak ke atas ikan yang digoreng tadi.
  11. Siakap Mentega Berlada siap untuk dinikmati.
 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!