Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

Siakap Kukus Halia

Siakap Kukus Halia

Bahan-bahan:

  • Ikan siakap – 1 ekor
  • Halia – 80 gram
  • Cili merah – 1 biji
  • Bawang besar – 1 biji
  • Cili padi – 30 gram
  • Daun ketumbar – 20 gram
  • Limau nipis – 2 biji
  • Garam – 1 sudu teh

Baca artikel: Sihatkan jantung dengan memakan cili

Cara menyediakan:

  1. Bersihkan ikan sebelum diletakkan ke atas dulang.
  2. Ratakan ikan dengan perahan jus limau nipis dan sedikit garam.
  3. Taburkan cili padi yang telah siap diketuk sehingga halus ke atas ikan.
  4. Taburkan halia, cili merah dan bawang besar yang telah siap dihiris nipis ke atas ikan.
  5. Masukkan ikan tersebut ke dalam periuk pengukus dan kukus selama 15 minit.
  6. Taburkan daun ketumbar ke atas ikan yang telah siap dimasak.
  7. Siakap Kukus Halia siap untuk dihidangkan.
 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!