Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

Siakap Asam Kari

Siakap Asam Kari

Bahan-bahan:

  • Ikan siakap – 1 ekor
  • Bawang merah – 3 biji
  • Bawang putih – 3 ulas
  • Kunyit hidup – 5 inci
  • Lengkuas – 5 inci
  • Cili boh – 2 sudu
  • Asam jawa – 100 gram
  • Asam gelugur – 4 keping
  • Bendi – 3 batang
  • Tomato – 1 biji
  • Bawang besar – 1 biji
  • Terung panjang – 1 biji
  • Daun limau purut – 4 helai
  • Garam – secukup rasa
  • Gula – secukup rasa
  • Minyak masak – secukupnya

Baca artikel: Sihatkan jantung dengan memakan cili

Cara menyediakan:

  1. Bersihkan ikan siakap sebelum diasingkan ke tepi.
  2. Kisar bawang merah dan bawang putih sebelum diasingkan ke tepi.
  3. Kisar kunyit hidup dan lengkuas sehingga halus sebelum diasingkan ke tepi.
  4. Panas minyak masak ke dalam kuali.
  5. Masukkan cili boh dan semua bahan kisar tadi.
  6. Biarkan sehingga naik bau atau sehingga cili masak sepenuhnya.
  7. Masukkan asam jawa dan asam gelugur.
  8. Masukkan ikan siakap yang telah siap dibersihkan tadi.
  9. Masukkan bendi, tomato, bawang besar dan terung panjang yang telah siap dipotong mengikut saiz yang dikehendaki.
  10. Masukkan daun limau purut.
  11. Perasakan dengan garam dan gula.
  12. Siakap Asam Kari siap untuk dihidangkan.
 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!