Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

Serunding Daging

Serunding Daging

Bahan- bahan:

  • Daging – 1 kg
  • Santan pekat – 4 cawan
  • Serai – 4 batang
  • Cili kisar – ½ cawan
  • Asam gelugur – 1 keping
  • Gula – 1 sudu
  • Garam – secukup rasa
  • Minyak masak – ½ cawan
  • Bawang merah – 10 ulas
  • Bawang putih – 5 ulas
  • Halia – 4 cm
  • Kunyit – 2 cm
  • Lengkuas – 2 cm
  • Ketumbar – 1 sudu
  • Jintan manis – ½ sudu
  • Jintan putih – ½ sudu

Cara menyediakan:

  1. Potong daging kepada bahagian kecil dan rebus sehingga lembut.
  2. Siat daging menjadi halus dan asingkan ke tepi.
  3. Kisar bawang merah, bawang putih, halia, kunyit dan lengkuas hingga halus.
  4. Panaskan minyak masak di dalam kuali sebelum menumis bahan kisar tadi sehingga garing.
  5. Sangai dan kisar ketumbar, jintan manis serta jintan putih.
  6. Masukkan cili kisar bersama bahan yang telah disangai dan dikisar tadi.
  7. Goreng semua bahan sehingga garing.
  8. Masukkan garam, gula, santan dan asam gelugur.
  9. Kacau semua bahan hingga sebati dan biarkan mendidih.
  10. Masukkan daging yang telah disiat dan kacau perlahan-lahan menggunakan api kecil sehingga menjadi kering dan garing.
 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!