Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

jenama besar yang dimiliki oleh Disney

Senarai jenama besar yang dimiliki oleh Disney

Disney yang terkenal dengan kartun Mickey Mouse, merupakan satu nama besar di dalam bidang perfileman Hollywood sehinggakan syarikat-syarikat pesaingnya turut dibeli oleh mereka.

Tetapi tahukah anda apakah jenama besar yang dimiliki oleh Disney? Mari kita lihat senarai beberapa jenama terbesar yang dimiliki oleh Disney pada masa ini.

 

jenama besar yang dimiliki oleh Disney
Marvel
Merupakan jenama besar paling diketahui umum sebagai hak milik Disney. Ia kerana logo mereka pasti akan muncul setiap kali sebelum filem MCU ditayangkan.

 

jenama besar yang dimiliki oleh Disney
Lucasfilm
Star Wars juga merupakan hak milik Disney. George Lucas menjual syarikatnya dan hak untuk harta intelek beberapa tahun sebelum filem ‘Episode VII: The Force Awakens’ dihasilkan.

 


Pixar
Disney sememangnya tidak menyukai persaingan yang terlalu banyak dalam membuat filem animasi. Mereka telah membeli syarikat Pixar untuk mengurangkan persaingan tersebut.

 


Fox Studios
Setelah membeli Marvel, Disney sememangnya mahu terus mendapatkan hak kepada adiwira Marvel yang lain. Selepas membuat perjanjian dengan Sony untuk mendapatkan watak Spiderman, mereka terus membeli Fox Studios untuk mendapatkan watak-watak X-Men. Pembelian itu juga membolehkan mereka untuk mendapatkan The Simpsons, Alien dan Avatar.

 


ESPN
Disney juga memiliki saluran sukannya sendiri. 80% pegangan saham ESPN dimiliki oleh mereka dalam usaha untuk menguasai media.

 


The History Channel
Saluran TV berinformasi juga tidak terlepas dari Disney. Walaupun hanya memiliki 50% pegangan saham, namun ia sudah mencukupi untuk Disney menguasai saluran televisyen tersebut.

 


ABC
Saluran televisyen ABC ini dimiliki sepenuhnya oleh Disney.

 


Touchstone Pictures
Bukan semua filem Disney merupakan terbitan Disney. Antara filem popular yang diterbitkan menerusi Touchstone Pictures ialah Step Up, Wild Hogs, The Hot Chick, Real Steel dan banyak lagi.

Baca artikel: 5 filem Hollywood yang berjaya ramal masa hadapan

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!