Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

Sayur Campur Tauhu

Sayur Campur Tauhu

Bahan-bahan:

  • Bawang putih – 30 gram
  • Bawang besar – 100 gram
  • Halia – 30 gram
  • Tauhu – 500 gram
  • Kailan – 500 gram
  • Pak choy – 500 gram
  • Kacang sepat – 100 gram
  • Jagung muda – 100 gram
  • Lada benggala merah – 1 biji
  • Lada benggala kuning – 1 biji
  • Sos tiram – 2 sudu besar
  • Sos soya cair – 1 sudu besar
  • Minyak kacang – secukupnya

Baca artikel: 10 jenis hidangan untuk bantu kurangkan berat badan

Cara menyediakan:

  1. Hiris bawang putih, bawang besar, halia, lada benggala merah dan lada benggala kuning sebelum diasingkan ke tepi.
  2. Potong kailan dan pak choy sepanjang kira-kira dua inci sebelum diasingkan ke tepi.
  3. Panaskan minyak kacang ke dalam kuali sebelum menggoreng tauhu yang telah dipotong dadu.
  4. Angkat dan asingkan tauhu yang telah siap digoreng ke tepi.
  5. Tumis bawang putih, bawang merah dan halia yang telah dihiris tadi sehingga sedikit kekuningan dengan menggunakan minyak yang sedikit.
  6. Masukkan kailan dan pak choy yang telah siap dipotong tadi.
  7. Masukkan lada benggala merah dan lada benggala kuning yang telah siap dihiris tadi.
  8. Masukkan kacang sepat dan jagung muda.
  9. Gaulkan semua bahan di dalam kuali dan biarkan sehingga sedikit lembut.
  10. Masukkan sos tiram dan sos soya cair.
  11. Masukkan tauhu yang telah siap digoreng tadi.
  12. Gaulkan semua bahan perlahan-lahan selama kira-kira satu minit.
  13. Padamkan api masakan sebelum dihidangkan ke atas pinggan.
  14. Sayur Campur Tauhu siap untuk dinikmati.
 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!