Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

Salah cipta sejarah bersama Liverpool melalui gol pembukaan untuk musim 2020-21

📷 : Instagram @liverpoolfc

Salah cipta sejarah bersama Liverpool melalui gol pembukaan untuk musim 2020-21

Mohamed Salah cipta sejarah bersama Liverpool melalui gol pembukaan untuk musim 2020-21 ketika menewaskan Leeds United 4-3.

Salah menjaringkan gol pembukaan tersebut melalui sepakan penalti pada minit ke-4 selepas bola terkena tangan pemain pertahanan Leeds, Robin Koch.

Jaringan pembukaan tersebut menjadikan Salah sebagai pemain Liverpool pertama menjaringkan gol pembukaan untuk empat musim berturut-turut. Beliau juga merupakan pemain kedua yang melakukannya dalam sejarah Liga Perdana Inggeris selepas Teddy Sheringham.

Pada bulan Ogos 2017, Salah menjaringkan gol pembukaan pada perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris ketika seri 3-3 menentang pasukan Watford.

Tahun berikutnya, beliau sekali lagi melakukannya ketika menewaskan West Ham 4-0 di Anfield.

Salah meneruskan rekod jaringan pembukaan pada musim 2019-20 ketika menewaskan pasukan Norwich 4-1.

Kali terakhir rekod jaringan pembukaan dilakukan oleh pemain yang sama dalam tempoh 4 musim berturut dilakukan oleh Sheringham bersama pasukan Tottenham pada musim 1992-93 hingga 1995-96.

Baca artikel: De Bruyne menangi anugerah PFA

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!