Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

Sakit tulang belakang boleh berkurangan jika…

Bukan orang yang berusia sahaja mengalami masalah sakit tulang belakang, tetapi ia juga boleh berlaku kepada orang muda. Rasa sakit ini juga akan menyebabkan kita rasa kurang selesa jika duduk atau berdiri terlalu lama.

Hanya dengan sedikit perubahan pada gaya hidup, ia boleh membantu anda untuk mengelak atau mengurangkan sakit tulang belakang. Cubalah perkara-perkara berikut jika anda sayangkan tulang belakang anda.

Senaman
Sakit tulang belakang sering berlaku jika kita mengangkat bebanan yang berat. Ia kerana otot pada bahagian belakang badan kita yang lemah, dan dipaksa mengangkat bebanan yang berlebihan. Oleh itu anda harus kerap lakukan senaman untuk menguatkan otot pada bahagian belakang bagi mengelakkan kecederaan pada masa hadapan.

Makanan & Minuman
Susu dan keju yang kaya dengan kalsium mampu menguatkan tulang kita.

Berat badan
Kekalkan berat badan yang ideal berdasarkan kiraan BMI. Ia kerana berat badan yang berlebihan akan menyebabkan kesakitan pada bahagian bawah tulang belakang.

Senaman
Kerap lakukan senaman untuk merenggangkan badan. Selain mampu mencegah dan mengurangkan sakit belakang, badan kita juga akan menjadi lebih fleksibel.

Postur badan
Perbaiki postur badan terutamanya ketika sedang duduk. Cara duduk dan baring yang salah juga boleh menyebabkan sakit belakang.

Tidur
Jangan tidur sebarangan. Dapatkan tempat tidur atau tilam yang selesa. Yang paling penting ialah tidur pada posisi yang betul.

Urutan
Dapatkan urutan badan dari golongan yang pakar. Sakit tulang belakang mungkin menjadi lebih teruk jika salah urut.

Ubat
Mengambil ubat tahan sakit boleh menjadi pilihan yang terakhir. Tetapi kesakitan tersebut hanya akan hilang untuk satu tempoh tertentu sahaja.

*Jangan ambil mudah kepada masalah sakit tulang belakang! Jika dibiarkan terlalu lama, ia boleh mengakibatkan kesakitan yang melampau dan menjadikan anda tidak selesa untuk menjalani kehidupan seharian.

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!