Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

Ryan Giggs pengurus Wales

📷 : Instagram @fawales

Ryan Giggs akan diketepikan sebagai pengurus Wales selepas ditahan polis?

Ryan Giggs akan diketepikan sebagai pengurus pasukan kebangsaan Wales untuk sekurang-kurangya tiga perlawanan, setelah ditahan polis kerana menyerang kekasihnya Kate Greville pada hari Ahad lepas.

Badan induk bola sepak negara berkenaan telah bertindak pantas dengan menyingkirkan Giggs untuk perlawanan persahabatan pada minggu hadapan menentang Amerika Syarikat, serta perlawanan kejohanan Nations League menentang Republik Ireland dan Finland.

Persatuan Bola Sepak Wales (FAW) mengatakan dalam satu kenyataan, “Persatuan Bola Sepak Wales dan Ryan Giggs telah saling bersetuju bahawa dia tidak akan terlibat bersama kem pasukan kebangsaan yang akan datang.”

Kenyataan tersebut dikeluarkan selepas perbincangan yang dilakukan antara ketua eksekutif FAW, Jonathan Ford, bersama pasukan undang-undang dan pegawai kanan yang lain.

Difahamkan bekas bintang Manchester United yang berusia 46 tahun itu ditangkap di tempat kejadian, dan ditahan sebelum diikat jamin pada hari Isnin. Namun kekasihnya yang berusia dalam lingkungan 30-an itu tidak memerlukan rawatan di hospital.

“Dia menyangkal semua tuduhan serangan yang dibuat terhadapnya. Dia bekerjasama dengan polis dan akan terus membantu mereka dalam siasatan yang sedang dijalankan.” – Ejen Ryan Giggs

Giggs yang mula mengendalikan pasukan Wales pada tahun 2018 telah berjaya membawa pasukan itu untuk layak ke kejohanan Euro 2020. Namun kejohanan tersebut terpaksa ditangguhkan ke tahun hadapan akibat wabak Covid-19 yang sedang melanda seluruh dunia ketika ini.

Baca artikel: Liverpool dedahkan rupa pusat latihan baharu bernilai lebih RM270 juta

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!