Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

Rusuk Kambing Goreng

Rusuk Kambing Goreng

Bahan-bahan:

  • Rusuk kambing – 1.5 kilogram
  • Tepung ubi – 200 gram
  • Serbuk ketumbar – 2 sudu kecil
  • Cili giling – 1 ½ sudu makan
  • Serbuk jintan manis – ½ sudu teh
  • Serbuk jintan putih – ½ sudu teh
  • Air – 3 cawan
  • Garam – secukup rasa
  • Minyak masak – secukupnya

Baca artikel: Petua hilangkan bau hamis kambing

Cara menyediakan:

  1. Masukkan air ke dalam periuk dan panaskan sehingga mendidih.
  2. Masukkan kambing dan rebus sehingga isinya benar-benar empuk.
  3. Tutup api dan keluarkan rusuk kambing tersebut.
  4. Lumurkan kambing tersebut dengan tepung ubi sehingga rata.
  5. Panaskan minyak masak ke dalam kuali dan tumis cili giling, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis dan serbuk jintan putih.
  6. Masukkan garam secukup rasa.
  7. Masukkan kambing dan goreng sehingga cukup masak.
  8. Rusuk Kambing Goreng siap untuk dihidangkan.
 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!