Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

Rusuk Kambing Bersama Sos Mentega

Rusuk Kambing Bersama Sos Mentega

Bahan-bahan:

  • Rusuk kambing – 300 gram
  • Bayam – 100 gram
  • Lobak merah – 1 batang
  • Lada benggala merah – 1 biji
  • Lada benggala kuning – 1 biji
  • Kubis bunga – 250 gram
  • Kacang buncis – 150 gram
  • Susu cair – ½ cawan
  • Mentega – 150 gram
  • Bawang putih – 2 ulas
  • Daun bay – 100 gram
  • Keju – secukup rasa
  • Garam – secukup rasa
  • Lada sulah – secukup rasa
  • Herba rosemary, thymes, lada hitam & paprika – secukup rasa
  • Minyak masak – secukupnya
  • Minyak zaitun – secukupnya

Cara menyediakan:

  1. Celur sayur bayam manakala bawang putih dicincang.
  2. Goreng sayum bayam dan bawang putih tadi menggunakan minyak masak yang sedikit.
  3. Perapkan rusuk kambing bersama garam, lada sulah, herba rosemary, thymes, lada hitam, paprika serta sayur bayam dan bawang putih yang digoreng tadi.
  4. Gaulkan perlahan-lahan semua bahan perap bersama minyak zaitun.
  5. Bakar rusuk kambing pada suhu 200°c selama 45 minit atau sehingga masak.
  6. Potong sayur bayam, lobak merah, lada benggala merah dan kuning, kubis bunga dan kacang buncis mengikut saiz yang dikehendaki.
  7. Celur sekejap kubis bunga, lobak merah dan kacang buncis.
  8. Goreng sekejap bahan yang dicelur tadi bersama lada benggala dan masukkan garam serta lada sulah secukup rasa.
  9. Asingkan bahan yang telah siap digoreng ke tepi.
  10. Panaskan kuali dengan mentega sebelum menggoreng bawang putih hingga kekuningan.
  11. Masukkan susu, daun bay dan keju.
  12. Biarkan masak seketika hingga sos menjadi pekat.
  13. Masukkan garam dan lada sulah sebelum digaul semua bahan hingga sebati.
  14. Hidangkan rusuk kambing bersama sayuran yang telah siap digoreng tadi dan sos yang telah siap dimasak.
  15. Rusuk Kambing Bersama Sos Mentega siap untuk dinikmati.

Baca artikel: Petua hilangkan bau hamis kambing

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!