Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

Rendang Daging Minang

Rendang Daging Minang

Bahan-bahan:

  • Daging batang pinang – 1 kg
  • Cili padi – 100 gram
  • Bawang merah – 8 ulas
  • Bawang putih – 3 ulas
  • Serai – 3 batang
  • Lengkuas – 2 inci
  • Halia – 2 inci
  • Kunyit hidup – 1 ½ inci
  • Daun kunyit – 1 helai
  • Santan – 2 cawan
  • Asam gelugur – 3 keping
  • Garam – secukup rasa
  • Gula – secukup rasa
  • Air – secukupnya

Cara menyediakan:

  1. Kisar cili padi, bawang merah, bawang putih, serai, lengkuas, halia dan kunyit hidup bersama sedikit air sehingga halus.
  2. Masukkan semua bahan kisar ke dalam periuk dan biarkan sehingga mendidih.
  3. Masukkan daging dan gaulkan semua bahan hingga sebati.
  4. Perlahankan api dan kacau sekali-sekala sehingga hampir kering.
  5. Masukkan asam gelugur dan daun kunyit yang telah diracik halus..
  6. Kacau perlahan-lahan sehingga kering.
  7. Masukkan garam serta gula dan gaul hingga sebati.
  8. Siap untuk dihidangkan.
 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!