Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

Rendang Ayam

Rendang Ayam

Bahan-bahan:

  • Ayam – 1 ekor
  • Santan – 2 biji kelapa (diambil santannya)
  • Cili padi (ditumbuk) – 150 gram
  • Kunyit hidup (ditumbuk) – 20 gram
  • Serai (dititik) – 5 batang
  • Kerisik – 100 gram
  • Asam gelugur – 2 keping
  • Garam – secukup rasa

Cara menyediakan:

  1. Bersihkan ayam dan layur diatas api terlebih dahulu sebelum dipotong kepada beberapa bahagian.
  2. Tumbuk cili padi dan kunyit hidup sehingga lumat.
  3. Panaskan kuali dan masukkan potongan daging ayam bersama bahan tumbuk beserta serai yang telah dititik.
  4. Masukkan santan dan kacau rata.
  5. Gulai dikacau sekali-sekala sehingga mendidih dan pecah minyak.
  6. Untuk merendang, kecilkan api ke paras sederhana dan biarkan mereneh sehingga hampir kering.
  7. Masukkan kerisik, asam gelugur, garam secukup rasa dan gaul sehingga rata.
  8. Kacau sehingga rendang kering.
  9. Padamkan api dan hidangkan.
 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!