Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

Gergasi Eropah paling berjimat

📷 : Instagram @realmadrid

Real Madrid: Gergasi Eropah paling berjimat

Real Madrid adalah satu-satunya kuasa besar Eropah yang tidak membelanjakan satu euro pun di pasaran perpindahan kali ini.

Kelab ini sebaliknya melakukan penjualan pemain untuk mengukuhkan masa depan kewangan mereka semasa pandemik covid-19 masih berlarutan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Real Madrid C.F. (34🏆) (@realmadrid) on

Pemergian pemain seperti Achraf Hakimi, Oscar Rodriguez, Sergio Reguilon dan James Rodriguez telah memberikan pulangan lebih dari 100 juta euro, sementara gaji Gareth Bale tidak perlu dibayar setelah pemain itu dipinjamkan ke Tottenham.

Real Madrid telah mempertimbangkan faktor-faktor lain ketika merancang aktiviti perpindahan mereka, seperti kos pembangunan semula stadium Santiago Bernabeu, dan kemungkinan pemotongan gaji kedua untuk pemain mereka.

Pemain yang dipinjamkan sebelum ini seperti Martin Odegaard, Alvaro Odriozola dan Andriy Lunin telah kembali untuk bertindak sebagai pemain baharu untuk Zinedine Zidane.

Chelsea kini menjadi kuasa besar di Eropah yang paling banyak berbelanja musim panas ini. Mereka telah membelanjakan sejumlah 247 juta euro untuk mendapatkan Kai Havertz, Timo Werner, Ben Chilwell dan Hakim Ziyech.

Manchester City pula menjadi kelab kedua paling banyak berbelanja apabila menghabiskan 157 juta euro untuk mendapatkan pemain seperti Nathan Ake, Ruben Dias dan Ferran Torres.

Manakala Barcelona yang sedang menghadapi masalah kewangan kritikal, tetap berada di tempat ketiga apabila membelanjakan sejumlah 124 juta euro untuk mendapatkan pemain baharu.

Kelab Liga Perdana Inggeris yang lain juga mendominasi kedudukan antara pasukan paling banyak berbelanja di Eropah, dengan Tottenham, Arsenal, Manchester United dan Liverpool juga membelanjakan sekurang-kurangnya 79 juta euro untuk setiap pasukan.

Pemenang Liga Juara-Juara Eropah, Bayern Munich hanya membelanjakan sejumlah 64 juta euro untuk mendapatkan Leroy Sane dan Marc Roca.

Ringkasan perpindahan musim panas 2020/21 pasukan Los Blancos.

Masuk:

Keluar: Alphonse Areola (PSG), Achraf (Inter), Javi Sanchez (Valladolid), Jorge de Frutos (Levante), Dani Gomez (Levante), Luca Zidane (Rayo Vallecano), Takefusa Kubo (Villarreal), Jesus Vallejo (Granada), Reinier (Borussia Dortmund), Oscar Rodriguez (Sevilla), Brahim (Milan), Dani Ceballos (Arsenal), James Rodriguez (Everton), Gareth Bale (Tottenham), Sergio Reguilon (Tottenham), Borja Mayoral (Roma)

Kembali dari pinjaman: Martin Odegaard (Real Sociedad), Andriy Lunin (Oviedo), Alvaro Odriozola (Bayern)

Baca artikel: Barcelona bersedia lakukan potongan gaji selepas umumkan kerugian melebihi RM472 juta

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!