Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

Rakyat United

Rakyat United cari pemain untuk saingan Liga Super / Liga Perdana?

Sebuah pasukan baharu yang tidak dikenali, dan menamakan diri mereka sebagai Rakyat United sedang giat mencari pemain untuk saingan Liga Super / Liga Perdana, Piala Presiden dan Piala Belia.

Walaupun belum dapat dipastikan asal-usul kelab ini, tetapi stadium rasmi dan pusat latihan pasukan itu dimaklumkan berada di Lembah Klang.

Selain itu, pasukan Rakyat United juga menawarkan gaji antara RM1,500 sehingga RM5,000, selain KWSP, Perkeso dan insuran untuk sesiapa yang terpilih mewakili pasukan mereka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rakyat United (@rakyatunited) on

Mereka juga mempunyai kuota khas untuk pemain berbangsa Cina, India, Orang Asli, bumiputera Sabah dan Sarawak, selain kuota untuk pelbagai peringkat umur.

“Dalam meraikan kepelbagaian, demi keberhasilan bersama, Rakyat United akan dibarisi pemain pelbagai latar belakang. Bakat muda turut akan diketengahkan di pentas utama selain pemain veteran yang akan diangkat sebagai teladan tidak kira di dalam atau di luar padang.” – Rakyat United

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rakyat United (@rakyatunited) on

Cara permohonan untuk menyertai pasukan mereka adalah melalui hantaran video di Instagram, Facebook, Twitter atau TikTok, selain perlu menghantar resume kepada mereka. Tarikh tutup permohonan pula adalah pada jam 11.59 malam, 6 November 2020.

Manakala status pasukan ini untuk bersaing di Liga Super atau Liga Perdana masih belum dapat dipastikan kerana kelab ini kelihatan seperti baharu sahaja ditubuhkan. Namun dikhabarkan ia adalah sebuah pasukan yang dijenamakan semula.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rakyat United (@rakyatunited) on

Baca artikel: Keputusan undian kumpulan Liga Juara-Juara UEFA 2020/21

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!