Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

Rahsia kegunaan ubat gigi

Rahsia kegunaan ubat gigi

Ubat gigi bukan sahaja boleh digunakan untuk memutihkan gigi. Ia juga boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan yang lain.

Sebelum kita mengetahui rahsia kegunaan lain ubat gigi ini, harus diingatkan bahawa jenis ubat gigi yang digunakan boleh memberikan kesan yang berbeza. Ubat gigi yang berbentuk krim adalah lebih berkesan berbanding ubat gigi gel untuk kegunaan berikut.


Memutihkan gigi
Kegunaan utama ubat gigi ialah memutihkan gigi, maka ia bukanlah rahsia.


Mencuci lampu kereta
Bahagian lampu hadapan kereta mudah menjadi kuning. Penyelesaiannya ialah sapukan ubat gigi pada lampu kereta, dan kemudian gosokkan ia menggunakan kain microfiber.


Membersihkan kasut
Jika anda memiliki kasut dengan getah putih di bahagian tapak kaki, pasti anda tahu bagaimana ia boleh menjadi kotor. Sapukan sedikit ubat gigi pada bahagian getah tersebut, dan gosokkan ia menggunakan berus gigi. Seterusnya lap bahagian tersebut menggunakan kain yang lembap. Cara ini tidak boleh digunakan pada bahagian kanvas kasut dan kasut kulit.


Pembersihan kuku
Kuku juga harus kerap dibersihkan. Cara pembersihan kuku ini sama sahaja seperti memberus gigi, cuma gunakan ubat gigi dengan kuantiti yang sedikit. Yang penting, jangan lupa untuk membasuhnya dengan air selepas menggosok supaya tiada kesan ubat gigi yang melekat padanya.


Membuang blackheads
Gosokkan ubat gigi dengan menggunakan berus gigi pada bahagian blackheads. Kemudian bilas dengan menggunakan air.


Membersihkan cincin
Rendamkan cincin ke dalam larutan air dan ubat gigi  selama sejam. Kemudian lap cincin tersebut sehingga kering.


Rawat rambut bercabang
Gaulkan ubat gigi bersama pisang yang telah dilenyekkan sehingga sebati. Seterusnya sapukan ia ke bahagian hujung rambut.


Melegakan kesan gigitan nyamuk
Gigitan nyamuk boleh membuatkan kulit berasa gatal. Sapukan sedikit ubat gigi pada bahagian yang digigit nyamuk untuk melegakan kegatalan.


Merawat jerawat
Masalah jerawat boleh menyebabkan seseorang berasa rendah diri terutamanya remaja. Hanya sapukan sedikit ubat gigi pada bahagian jerawat kerana ia mampu mengeringkan jerawat tersebut dengan lebih cepat.

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!