Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

Remaja Asia Tenggara 2019

Putera Pecut negara cipta rekod pada ‘Kejohanan Olahraga Remaja Asia Tenggara 2019’

Putera pecut negara, Muhammad Azeem Mohd. Fahmi, 15, mencatat rekod baharu Kejohanan Olahraga Remaja Asia Tenggara 2019 di Filipina.

Catatan masa 10.69s untuk acara 100 meter itu sekaligus menjadikan Muhammad Azeem sebagai pemenang pingat emas pada kejohanan tersebut. Manakala pingat perak dimenangi oleh seorang lagi atlet muda negara iaitu Muhammad Arsyad Md Saat.

Malah pada tahun lepas, Muhammad Azeem pernah tular di media sosial apabila memecah rekod Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Perak dengan catatan masa 10.50 saat.

Sementara itu, rekod acara lontar peluru turut dipecahkan oleh atlet Malaysia, Jonah Chang Rigan, dengan balingan sejauh 18.03 meter, untuk memadamkan rekod 16.76 meter yang dipegang oleh atlet Thailand pada Kejohanan Olahraga Remaja Asia Tenggara.

Sumber gambar: Twitter @myTeamMAS

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!