Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

Pusat Konvensyen Kuala Lumpur

Pusat Konvensyen Kuala Lumpur bertaraf dunia

Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (Kuala Lumpur Convention Centre) adalah sebahagian daripada Kuala Lumpur City Centre (KLCC). Pusat ini dimiliki oleh Kuala Lumpur Convention Centre Sdn Bhd dan dikendalikan oleh Convex Malaysia Sdn Bhd, usahasama antara KLCC (Holdings) Sdn Bhd dan AEG Ogden.

Pemenang berbilang anugerah, Pusat Konvensyen bertaraf dunia ini merupakan salah satu kemudahan milik Kuala Lumpur Convention Centre Sdn Bhd yang seterusnya, dimiliki oleh KLCC (Holdings) Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS).

Pusat Konvensyen Kuala Lumpur juga merupakan tempat pensijilan Emas Piawaian Kualiti AIPC (International Association of Congress Centres) dan pensijilan ISO 9001, ISO 22000, ISO 14001 dan OHSAS 18001 dan mendapat status EarthCheck Silver (alam sekitar) dan pengiktirafan Pensijilan Analisis Bahaya dan Titik Kawalan Kritikal (HACCP). Tempat ini juga aktif berpartisipasi dalam AEG 1EARTH, peneraju korporat-korporat yang terkemuka di AEG untuk mengurangkan impak alam sekitar dan memacu nilai perniagaan.

Kemudahan tambahan lima tingkat ini turut menyediakan ruang serba guna seluas 33,659 meter persegi untuk pelbagai acara dan majlis di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur dan telah mengekalkan statusnya sebagai Pusat Konvensyen bertaraf dunia menerusi kepakaran pelaburan, penyelenggaraan dan pengurusan yang berterusan.

Kemudahan yang disediakan termasuk dua auditorium; Dewan Pleno dengan 3,000 tempat duduk dan Dewan Teater untuk 470 orang; Dewan Jamuan yang menempatkan 2,000 orang, Dewan Bankuet untuk 500 orang, tiga Dewan Persidangan, lapan Dewan Pameran (dewan pameran tanpa tiang seluas 20,896 meter persegi termasuk tiga dewan 2,862 meter persegi di kawasan Pusat Konvensyen yang diperluas dan khemah tersendiri seluas 2,600 meter persegi) dan 23 bilik mesyuarat.

Sumber gambar: Facebook @klccconventioncentre

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!