Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) merupakan acara tahunan dalam kalendar syarikat-syarikat penerbitan di seluruh dunia.
Acara anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia menerusi Majlis Buku Kebangsaan Malaysia ini dilakukan dengan kerjasama enam persatuan industri buku di Malaysia.
Pada tahun ini, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2019 akan diadakan lebih awal berbanding tahun-tahun sebelum ini. Ia dijadualkan bermula pada 29 Mac 2019, dan berakhir pada 7 April 2019.
Tetapi mereka masih mengekalkan lokasi acara tersebut iaitu di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.
Bermula dengan kecil pada tahun 1981, PBAKL telah mencatatkan lebih 2 juta pengunjung dari tahun 2013 sehingga kini.
Malah ia juga merupakan tempat yang terbaik untuk pembaca mendapatkan buku-buku terbitan lama dan baharu.
Layari laman sesawang klibf.my untuk maklumat lanjut.
Lokasi: Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.
Tarikh: 29 Mac 2019 – 7 April 2019
Masa: 10 pagi – 9 malam
#MalaysiaMembaca

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.
lagendapress@gmail.com
Artikel berkaitan
Hanya garam beriodin yang dijual di pasaran bermula 1 Januari 2021
Covid-19: Jumlah kematian kini melebihi 1 juta orang
Donald Trump hentikan kemasukan pelancong dari Eropah ke Amerika Syarikat