Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

Perkara paling dikesali oleh mereka yang hampir mati

Apakah perkara yang paling anda kesali dalam kehidupan? Dan pernahkah anda mendengar kekesalan yang diluahkan oleh mereka yang hampir mati?

Sebab itulah artikel ini sangat penting supaya anda tidak menyesal di kemudian hari. Jalani kehidupan anda dengan cara yang terbaik. Gagal kerana mencuba adalah lebih baik daripada tidak mencuba langsung.

Berikut adalah senarai yang paling dikesali dan anda harus menjadikannya sebagai panduan.

Tidak melancong ketika ada peluang
Melancong boleh menjadi perkara yang sukar ketika anda semakin berusia, terutamanya selepas anda memiliki keluarga sendiri. Dan akan menjadi lebih sukar ketika anda sudah sakit.

Tidak berhenti kerja untuk pekerjaan yang teruk
Memang benar anda perlu membayar pelbagai jenis bil dan hutang. Tetapi jika anda meneruskan pekerjaan yang teruk akan menyebabkan anda menyesal pada suatu hari nanti. Teruskan mencari peluang pekerjaan yang lain dan bersesuaian dengan minat anda. Yang paling penting, bayarannya juga berbaloi dengan apa yang anda lakukan.

Tidak menyedari kecantikan diri sendiri
Berasa rendah diri terhadap kecantikan diri sendiri juga pasti akan menyebabkan anda rasa menyesal. Setiap orang memiliki kecantikan yang tersendiri dan lalui kehidupan anda dengan penuh yakin.

Kekal dalam perhubungan yang teruk
Tiada siapa mahukan perhubungan yang teruk. Tetapi jika anda biarkan hubungan yang teruk itu berterusan sehingga menjejaskan diri sendiri, pasti membuatkan anda menyesal kerana tidak menamatkan perhubungan tersebut lebih awal.

Terlalu banyak berfikir
Memikirkan sesuatu perkara tanpa tindakan merupakan perkara yang membuang masa sahaja.

Terlalu banyak berkerja
Terlalu banyak menghabiskan masa di pejabat dengan kerja akan menyebabkan anda kesunyian. Meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga dan rakan adalah lebih baik untuk kehidupan yang berkualiti.

Tidak menumpukan perhatian ketika pembelajaran
Ilmu adalah sangat penting dalam kehidupan. Ilmu yang baik akan membantu anda untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik.

Tidak mengambil risiko
Merupakan antara penyesalan yang paling banyak dialami oleh semua orang. Gagal kerana mencuba adalah lebih baik daripada tidak mencuba langsung.

Tidak bersyukur
Bersyukur ialah cara bagaimana kita menghargai kehidupan. Orang yang tidak pernah bersyukur ialah orang yang paling banyak penyesalan.

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!