Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

Periksa 10 perkara ini sebelum pergi bercuti

Percutian sepatutnya menjadi sangat menyeronokkan, tetapi ia juga boleh jadi tidak seronok dan sangat menyukarkan jika anda terlupa beberapa perkara sebelum pergi bercuti.

Untuk membantu percutian anda menjadi lebih teratur, berikut disenaraikan beberapa perkara yang kadang-kala dipandang remeh untuk perhatian anda.

Pakaian
Sediakan pakaian yang mencukupi dan bersesuaian dan bersesuaian dengan lokasi percutian. Jangan pula anda membawa pakaian sejuk yang berbulu untuk bercuti di Indonesia kerana di sana tiada musim salji. Dan semestinya juga anda tidak mahu memenuhkan bagasi dengan perkara yang tidak perlu ketika bercuti. Tetapi jangan pula anda hanya membawa 2 pasang baju sahaja untuk bercuti selama seminggu, kerana anda tidak perlu membazirkan wang untuk membeli pakaian yang baru.

Dapatkan wang tunai
Sediakan wang tempatan untuk destinasi yang mahu anda pergi. Ia kerana mata wang Ringgit Malaysia mungkin tidak diterima di tempat percutian anda. Apa yang perlu dilakukan ialah anda hanya perlu menukar wang di tempat pertukaran wang asing.

Caj peralatan elektronik
Pastikan semua peralatan elektronik memiliki bateri yang mencukupi. Mulakan dengan memeriksa bateri telefon bimbit, power bank dan kamera. Anda pasti tidak mahu terlepas peluang merakamkan memori indah sepanjang percutian.

Cetak jadual perjalanan
Walaupun telefon bimbit anda boleh menyimpan jadual perjalanan, tetapi anda tetap perlu mencetaknya. Ia mungkin berguna pada waktu kecemasan, seperti ketika telefon bimbit anda kehabisan bateri. Pastikan anda menulis nombor pengesahan, nombor tempahan, nombor telefon dan alamat hotel tempat anda menginap.

Kaji cuaca
Periksa cuaca tempat percutian anda. Mungkin anda boleh membatalkan aktiviti pantai dan diganti dengan aktiviti lain jika cuaca tidak mengizinkan seperti hujan lebat atau ribut.

Peta
Muat turun peta ke dalam telefon bimbit untuk kegunaan offline kerana lokasi yang anda tuju mungkin tiada talian internet. Alternatif lain yang boleh anda gunakan ialah mendapatkan peta bercetak.

Ubat-ubatan
Bawa bekalan ubat-ubatan anda sendiri kerana anda tidak perlu membazir wang untuk mendapatkan bekalan ubat dengan harga mahal di negara asing.

Tidur yang mencukupi
Dapatkan tidur dan rehat yang mencukupi sebelum pergi bercuti. Badan yang kekurangan rehat mungkin akan menghilangkan mood anda sepanjang percutian.

Pasport
Pasport dan pengenalan diri ialah perkara yang penting untuk dibawa ketika bercuti ke luar negara. Jangan sampai percutian anda terbatal hanya kerana terlupa untuk membawa pasport.

Gambar
Ambil gambar atau screenshot dokumen percutian serta pasport dan simpan ia ke dalam telefon bimbit. Ia mungkin sangat berguna pada waktu kecemasan.

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!