Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

Welson Sim

Perenang negara menewaskan pemenang pingat emas Sukan Olimpik di Australia

Perenang negara, Welson Sim mendominasi Kejohanan Renang Terbuka Victoria yang berlangsung di Melbourne, Australia apabila menewaskan juara Olimpik di Rio pada 2016, Mack Horton.

Dengan dua kemenangan mengatasi Mack Horton, ternyata memberikan kejutan yang besar kepada mereka yang menyaksikannya.

Welson Sim menamatkan renangan 400 meter gaya bebas lelaki dengan catatan masa 3:54:77, manakalan Horton di tempat kedua dengan catatan masa 3:55:43 untuk meraih pingat emas. Pingat emas kedua pula hadir menerusi acara 200 meter gaya bebas.

Tindakan perenang berasal dari Sarawak ini untuk pergi ke Australia sejak sebulan lepas dan berlatih di Melbourne Vicente Swimming Club, iaitu tempat yang sama Horton berlatih, ternyata berbaloi.

Selain gaya bebas 400 meter dan 200 meter, Welson juga turut bertanding dalam acara 100 meter gaya bebas, dengan memenangi pingat perak. Welson menamatkan renangan dengan catatan masa 50:19, manakala pemenang pingat perak Kejohanan Dunia, Cameron McEvoy dari Australia memenangi pingat emas dengan catatan masa 49.56.

Sumber gambar: Instagram @welsonsim

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!