Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

Perbezaan antara kuali nonstick dan stainless steel

Perbezaan antara kuali ‘nonstick’ dan ‘stainless steel’?

Ketika membeli peralatan memasak, ramai yang sering tertanya-tanya apakah mereka harus membeli periuk dan kuali jenis anti lekat (nonstick) atau keluli tahan karat (stainless steel). Jadi adalah lebih baik untuk anda memahami kebaikan dan keburukan kedua-dua jenis pilihan tersebut.

Sebelum anda memahami kedua-dua jenis pilihan tersebut, anda juga harus memahami saiz dan berat peralatan memasak tersebut mengikut keperluan dan keselesaan anda ketika memasak.

Anti Lekat (Nonstick)

Peralatan memasak jenis anti lekat adalah lebih mudah untuk digunakan dan dibersihkan, kerana ia terdapat lapisan licin yang dapat membantu agar masakan anda tidak melekat. Ia juga adalah lebih mudah untuk dibersihkan. Memasak dengan menggunakan minyak yang sedikit juga akan menjadi lebih mudah.

Walaupun dapat memudahkan kerja anda ketika di dapur, ia juga berpotensi untuk memberikan risiko terhadap kesihatan dan alam sekitar. Jika kuali anti lekat didedahkan kepada suhu yang terlampau tinggi, ia akan melepaskan bahan kimia dan bertoksik ke udara.

Jadi anda seharusnya tidak sekali-kali memanaskan kuali anti lekat yang kosong, selain memastikan ia sentiasa berada pada suhu sederhana atau rendah ketika memasak. Anda juga seharusnya membuangkan ia, jika lapisannya telah rosak, bercalar atau mengelupas.

Keluli Tahan Karat (Stainless Steel)

Peralatan memasak jenis tahan karat dapat menghasilkan masakan yang lebih cantik dan sedap. Ia juga mempunyai jangka hayat yang lebih lama berbanding jenis anti lekat. Kelemahannya ialah ia memerlukan minyak yang lebih banyak ketika memasak.

Apa yang perlu dibeli?

Beli kedua-dua jenis tersebut. Tetapi pastikan anda membeli peralatan memasak jenis tahan karat yang berkualiti. Ia juga dapat memudahkan sedikit kerja anda ketika membersihkannya, berbanding kualiti yang biasa sahaja. Manakala kuali anti lekat, boleh digunakan ketika anda memasak makanan yang mudah untuk melekat pada permukaan kuali, seperti menggoreng telur dan ikan.

Baca artikel: 9 kesalahan yang selalu dilakukan di dapur

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!