Logo ialah sesuatu yang penting untuk sesebuah perniagaan. Logo yang bagus adalah logo yang mudah untuk diingati oleh pengguna, kerana ia akan memudahkan kerja-kerja pemasaran.
Mari kita lihat beberapa perubahan logo paling ikonik dari syarikat popular di seluruh dunia, dan bandingkan dengan logo mereka pada masa kini.
APPLE
Kenapa syarikat komputer ini diberikan nama buah? Ia adalah kerana Isaac Newton.
FIREFOX
Dahulu browser ini dikenali sebagai Firebird sebelum ditukar nama dan logo seperti pada masa kini.
Baca artikel: 6 nama popular yang mungkin mempunyai nama yang berbeza
STARBUCKS
Tidak dapat dipastikan kenapa syarikat ini menukar logo. Namun logo baharu mereka memang kelihatan lebih kemas.
NOKIA
Pereka logo baharu mereka itu boleh dikatakan bijak dengan menyingkirkan imej ikan pada logo mereka.
NINTENDO
Logo lama mereka itu kelihatan seperti kotak jenama rokok.
ADIDAS
Sekarang pasti anda sudah tahu apakah makna Adidas. Adolf (Adi) dan Dassler (Das).
INSTAGRAM
Pengguna Instagram pada tahun 2015 pasti mengingati logo ini.
AMAZON
Agaknya kenapa Amazon menggunakan simbol sungai pada logo mereka dahulu?
DISCOVERY CHANNEL
Mungkin pereka logo Discovery Channel pada masa dahulu merasakan bahawa bumi ini rata.
DARLIE
Dahulu jenama ini dikenali dengan nama DARKIE, sehingga menimbulkan salah faham kerana ia dianggap mengandungi unsur perkauman.
VOLKSWAGEN
Jenama kereta terkenal dari Jerman ini juga tidak lari daripada menggunakan simbol swastika pada masa dahulu.

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.
lagendapress@gmail.com
Artikel berkaitan
10 tanda kucing sayangkan anda
Rahsia pada rekaan pakaian yang tidak diketahui ramai
Kenapa bermain dengan anak patung adalah penting untuk kanak-kanak?