Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

Pencemaran udara di China

Pencemaran udara di China semakin berkurangan

Pencemaran udara di China turun mendadak selepas kerajaan mereka cuba mengawal virus COVID-19 daripada terus merebak.

Menurut data yang diperolehi dari satelit Nasa dan Agensi Angkasa Eropah, ia menunjukkan pengurangan nitrogen dioksida berbahaya yang sering dihasilkan oleh asap ekzos kenderaan.

Para saintis juga mengatakan apa yang mereka lihat pada tahun ini adalah penurunan yang sangat luar biasa.

“Ini adalah kali pertama saya melihat penurunan dramatik untuk suatu kawasan yang luas,” kata Fei Liu, penyelidik kualiti udara di Goddard Space Flight Centre NASA.

Pengurangan pencemaran udara itu juga dikatakan berlaku dengan lebih cepat berbanding ketika zaman kejatuhan ekonomi pada tahun 2008.

Tambah Fei Liu lagi, ia juga bukan sesuatu yang mengejutkan kerana banyak bandaraya di seluruh dunia telah mengambil langkah untuk mengurangkan kesan penyebaran virus tersebut.

COVID-19 atau dikenali sebagai Coronavirus mula dikesan di Wuhan, China pada bulan Disember 2019. Menjelang Januari 2020, kerajaan China telah mengurangkan aktiviti di kawasan tersebut dengan menghentikan aktiviti kapal terbang, kereta api, kereta api bawah tanah dan kenderaan persendirian. Malah kebanyakan aktiviti perniagaan juga telah dihentikan.

Udara yang bersih ini diharapkan dapat memberikan sedikit kelegaan kepada rakyat China untuk mengatasi Coronavirus.

Baca artikel: Rokok punca kulit berkedut

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!