Pemain gitar legenda yang juga ikon muzik rock, Eddie Van Halen telah meninggal dunia pada usia 65 tahun.
Eddie sebelum ini dilaporkan telah mengalami barah tekak selama 10 tahun.
Menurut portal TMZ, kesihatannya dilaporkan merosot secara mendadak dalam tempoh 72 jam terakhir, apabila doktor mendapati barahnya telah merebak ke organ lain termasuk otaknya.
Isteri Eddie, Janie, bersama bekas isteri, Valerie Bertinelli, dan anak lelaki bernama Wolfgang, serta abangnya, Alex juga berada di sisinya pada saat-saat terakhir sebelum bintang rock itu meninggal dunia di Hospital St Johns, Santa Monica.
Walaupun Eddie seorang perokok tegar, dia menyatakan bahawa dirinya menghidap barah tekak itu kerana kebiasaannya meletakkan pick logam untuk gitar di mulutnya dengan kerap.
Van Halen
Eddie bersama kumpulan muzik rock yang ditubuhkan pada tahun 1972, dan diberi nama Van Halen pernah menikmati zaman kegemilangan pada tahun 1980-an. Kumpulan itu dianggotai oleh Eddie Van Halen (gitar), Alex Van Halen (drum), Michael Anthony (bass), dan David Lee Ross (vokal).
Selain itu, beliau juga pernah berkolaborasi bersama ramai artis tersohor seperti Jimi Hendrix dan Black Sabbath, termasuk bermain gitar solo untuk lagu ‘Beat It’, nyanyian Michael Jackson.
View this post on Instagram
Eddie juga pernah dinobatkan di tempat pertama sebagai ‘100 Gitaris Terhebat Sepanjang Zaman’ pada tahun 2012 melalui undian pembaca majalah Guitar World. Manakala kumpulan Van Halen, mereka pernah dimasukkan ke ‘Rock & Roll Hall of Fame’ pada tahun 2007.
Baca artikel: 5 filem Hollywood yang berjaya ramal masa hadapan

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.
lagendapress@gmail.com
Artikel berkaitan
Siri konsert maya #LiveKatRumah bersama ikon muzik tempatan
6 selebriti antarabangsa berketurunan Asia
8 selebriti popular yang berjaya pecahkan rekod dunia Guinness