Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

kiub rubik

‘Pelindung Galaksi’ ini berjaya selesaikan permainan kiub rubik dalam masa kurang satu minit

Bintang filem Jurassic World, Guardians of the Galaxy dan Avengers, Chris Pratt berjaya selesaikan permainan kiub rubik dalam masa kurang satu minit.

Pelakon berusia 41 tahun itu mengatakan ia adalah sesuatu yang dia cuba lakukan sepanjang tahun ini dengan memanfaatkan masa terluang untuk bermain kiub rubik.

Baca artikel: 5 filem Hollywood yang berjaya ramal masa hadapan

Selain mempamerkan kemahiran baharunya kepada 29 juta pengikut akaun Instagram @prattprattpratt, dia berkata: “Saya telah berusaha sepanjang tahun untuk menyelesaikan kiub rubik dalam waktu kurang dari satu minit supaya saya dapat mengeposkannya ke Instagram. Saya akhirnya berjaya!!!”

“Terperangkap dalam kuarantin!? Dapatkan diri anda kiub rubik!” – Chris Pratt

Chris Pratt juga berkata, semua kanak-kanak yang berjaya menyelesaikan kiub rubik dalam masa kurang sepuluh saat ialah wiranya.

Rakan pelakon Jurassic World, Bryce Dallas Howard pula meninggalkan komen dengan memberikan gambaran betapa gigihnya Chris Pratt berlatih dengan meninggalkan komen: “Selamat datang ke dunia saya di set penggambaran apabila duduk bersebelahan dengan @prattprattpratt“.

Bintang Spider-Man, Tom Holland turut meninggalkan komen memuji rakannya itu kerana kagum dengan usaha tersebut.

Baca artikel: Senarai jenama besar yang dimiliki oleh Disney

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!