Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

Paruppu Vadai

Paruppu Vadai

Bahan-bahan:

  • Toor dal – 3 cawan
  • Chana dal – 1 cawan
  • Cili kering – 3 tangkai
  • Hing – ¼ sudu teh
  • Daun kari – 1 tangkai
  • Daun ketumbar – 3 helai
  • Bawang besar – 2 biji
  • Garam – secukup rasa
  • Minyak masak – secukupnya

Cara menyediakan:

  1. Rendam toor dal dan chana dal di dalam air panas selama kira-kira 3 jam.
  2. Kisar cili kering, hing, daun kari, bawang besar dan garam bersama sedikit air selama kira-kira 6 saat.
  3. Masukkan daun ketumbar yang telah dihiris halus ke dalam adunan.
  4. Gaulkan adunan tersebut hingga sebati.
  5. Bentukkan adunan tersebut menjadi bebola sebelum dileperkan sedikit.
  6. Panaskan minyak masak ke dalam kuali sebelum menggoreng adunan tadi sehingga berwarna kuning keemasan.
  7. Paruppu Vadai siap untuk dinikmati.

Baca artikel: Khasiat daun kari yang tidak diketahui ramai

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!