Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

Festival Kota Kuala Kedah

Pakat-pakat mai ke Festival Kota Kuala Kedah

Festival Kota Kuala Kedah anjuran Jabatan Muzium Malaysia dengan sokongan penuh kerajaan negeri Kedah ini adalah bertujuan untuk mempromosikan warisan, seni dan kebudayaan di negeri Kedah.

Acara yang berlangsung selama 4 hari ini akan bermula pada 18 hingga 21 Mac 2020 di Muzium Kota Kuala Kedah atau dikenali sebagai Kubu Kuala Kedah.

Kubu Kuala Kedah ini merupakan mercu tanda sejarah yang menyaksikan banyak peperangan berlaku untuk mengekalkan kemerdekaan Kedah suatu masa dahulu.

Antara acara utama pada festival tersebut ialah pementasan teater diraja yang bertajuk Perang Musuh Bisik. Selain itu, forum sejarah, ceramah agama, persembahan kebudayaan, pameran seni grafiti, pertandingan memancing dan pelbagai lagi aktiviti lain akan turut diadakan.

Festival Kota Kuala Kedah

Layari laman sesawang jmm.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai acara ini.

Baca artikel: 5 destinasi menarik untuk yang mahukan ketenangan

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!