Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

Pajeri Nanas

Pajeri Nanas

Bahan-bahan:

  • Nanas – 1 biji
  • Santan – 200 mililiter
  • Kerisik – 100 gram
  • Serai – 50 gram
  • Serbuk kari – 50 gram
  • Halia – 50 gram
  • Bawang merah – 50 gram
  • Bawang putih – 40 gram
  • Udang kering – 15 gram
  • Kulit kayu manis – 10 gram
  • Bunga cengkih – 10 gram
  • Buah pelaga – 5 gram
  • Garam – secukup rasa
  • Gula – secukup rasa
  • Minyak masak – secukupnya

Baca artikel: 8 manfaat timun terhadap kesihatan

Cara menyediakan:

  1. Kisar bawang merah, bawang putih dan halia sehingga halus.
  2. Panaskan minyak ke dalam kuali dan tumis bahan kisar tersebut.
  3. Masukkan kulit kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga.
  4. Tumis sehingga naik bau.
  5. Masukkan serbuk kari yang sudah dicampurkan dengan sedikit air.
  6. Masukkan serai yang telah siap diketuk bersama udang kering.
  7. Gaulkan perlahan-lahan dan biarkan sehingga pecah minyak.
  8. Masukkan nanas yang telah siap dipotong.
  9. Gaulkan sehingga semua bahan sebati.
  10. Masukkan santan dan gaulkan lagi sehingga sebati.
  11. Masukkan kerisik dan biarkan masak sehingga kuah sedikit pekat.
  12. Masukkan garam dan gula secukup rasa dan gaulkan sehingga sebati.
  13. Pajeri Nanas siap untuk dihidangkan.
 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!