Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

Bahan-bahan:

  • Beras basmati – 1 kg
  • Susu cair – ½ tin
  • Epal hijau – 1 biji
  • Bawang merah – 3 labu
  • Bawang putih – 1 labu
  • Halia – 1 inci
  • Lobak merah – 80 gram
  • Garam – secukup rasa
  • Rempah tumis – secukupnya
  • Serbuk kayu manis – secukupnya
  • Minyak sapi – secukupnya
  • Air – mengikut sukatan beras

Cara menyediakan:

  1. Rendam beras basmati selama 15 minit sebelum ditoskan airnya dan diasingkan ke tepi.
  2. Hiris bawang merah, bawang putih dan halia sehingga nipis manakala epal hijau dan lobak merah dipotong nipis mengikut saiz yang dikehendaki.
  3. Panaskan minyak sapi di dalam periuk sebelum menumis bahan-bahan yang telah dihiris nipis tadi bersama rempah tumis sehingga naik bau.
  4. Masukkan beras basmati, susu cair, garam, serbuk kayu manis, epal hijau dan lobak merah bersama air mengikut sukatan beras.
  5. Biarkan sehingga nasi masak.
  6. Siap untuk dihidangkan.
 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!