Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

Nasi Bukhara Ayam

Nasi Bukhara Ayam

Bahan-bahan:

  • Beras – 4 cawan
  • Ayam – 1 ekor
  • Minyak sapi – 1 senduk
  • Halia – 4 sentimeter
  • Bawang merah – 10 ulas
  • Bawang putih – 10 ulas
  • Bawang besar – 11 labu
  • Jintan manis – 2 sudu makan
  • Jintan putih – 1 sudu makan
  • Ketumbar – 4 sudu makan
  • Bunga cengkih – 8 kuntum
  • Buah pelaga – 5 biji
  • Kulit kayu manis – 1 batang (6 sentimeter)
  • Tomato – 3 biji
  • Susu cair – 1 tin
  • Air – 4 cawan
  • Buah badam – 10 biji
  • Garam – secukup rasa
  • Serbuk kunyit – secukup rasa
  • Daun pudina – secukupnya
  • Bawang goreng – secukupnya

Baca artikel: 10 jenis hidangan untuk bantu kurangkan berat badan

Cara menyediakan:

  1. Potong ayam sebelum dibersihkan.
  2. Gaulkan ayam tersebut bersama garam dan serbuk kunyit secukup rasa.
  3. Goreng ayam sehingga masak sebelum diasingkan ke tepi.
  4. Kisar 10 labu bawang besar bersama bawang putih.
  5. Masukkan minyak sapi ke dalam periuk dan panaskan.
  6. Masukkan bahan yang telah siap dikisar tadi.
  7. Masukkan halia dan bawang merah yang telah siap dihiris.
  8. Masukkan jintan manis, jintan putih, ketumbar, bunga cengkih, buah pelaga dan kulit kayu manis.
  9. Masukkan tomato yang telah siap dipotong
  10. Masukkan satu labu bawang besar yang dipotong bulat.
  11. Tumiskan semua bahan tersebut sehingga naik bau.
  12. Masukkan susu cair, air dan daun pudina.
  13. Biarkan seketika hingga mendidih.
  14. Masukkan beras ke dalam periuk bersama buah badam.
  15. Gaulkan semua bahan hingga sebati dan ratakan.
  16. Biarkan sehingga nasi masak dengan menggunakan api perlahan.
  17. Taburkan bawang goreng ke atas nasi dan hidang bersama ayam yang telah siap digoreng tadi.
  18. Nasi Bukhara Ayam siap untuk dinikmati.
 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!