Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

Nasi Arab Kambing Kabsah

Nasi Arab Kambing Kabsah

Bahan-bahan:

  • Beras basmati – 1 kilogram
  • Isi kambing – 500 gram
  • Air rebusan kambing – 1.2 liter
  • Minyak zaitun – 4 sudu besar
  • Minyak sapi – 2 sudu besar
  • Bawang besar – 2 biji
  • Bawang putih – 6 ulas
  • Buah pelaga – 3 biji
  • Kulit kayu manis – 1 batang
  • Bunga lawang – 2 kuntum
  • Tomato puri – 5 sudu besar
  • Jintan putih – 1 sudu kecil
  • Serbuk buah pala – ½ sudu kecil
  • Yogurt asli – 150 gram
  • Garam – secukup rasa
  • Lada hitam – secukup rasa
  • Kismis – secukup rasa
  • Kacang almond – secukup rasa
  • Batang ketumbar – secukup rasa
  • Daun ketumbar – secukup rasa
  • Bawang goreng – secukup rasa
  • Kunyit – secukup rasa

Baca artikel: Petua hilangkan bau hamis kambing

Cara menyediakan:

  1. Rebus isi kambing bersama satu sudu tomato puri dan sedikit kunyit menggunakan air secukupnya.
  2. Panaskan minyak zaitun ke dalam kuali.
  3. Masukkan bawang besar dan bawang putih yang telah dihiris halus.
  4. Masukkan buah pelaga, kulit kayu manis dan bunga lawang.
  5. Tumis semua bahan tersebut hingga naik bau.
  6. Masukkan jintan putih yang telah siap disangai dan dikisar halus.
  7. Masukkan tomato puri dan serbuk buah pala.
  8. Tumis semua bahan tersebut sehingga pecah minyak sebelum memadamkan api.
  9. Bersihkan beras basmati sebelum memasukkan sekali bahan tumisan tadi ke dalam periuk nasi.
  10. Masukkan isi kambing yang telah siap direbus bersama air rebusan kambing tersebut.
  11. Masukkan yogurt asli, garam dan lada hitam sebelum digaulkan hingga sebati.
  12. Masukkan batang daun ketumbar dan kukus nasi tersebut sehingga masak.
  13. Gaulkan kismis, kacang almond, bawang goreng ke dalam nasi.
  14. Taburkan daun ketumbar ke atas nasi sebagai hiasan.
  15. Hidangkan bersama arca timun, sos salata dan sup.
  16. Nasi Arab Kambing Kabsah siap untuk dinikmati.
 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!