Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

Mi Kari

Mi Kari

Bahan-bahan:

  • Mi kuning – 1 kilogram
  • Ayam – 200 gram
  • Udang – 200 gram
  • Kerang – 200 gram
  • Bebola ikan – 200 gram
  • Asam gelugor – 2 keping
  • Bawang putih – 5 ulas
  • Bawang merah – 7 ulas
  • Halia – 2 sentimeter
  • Serai – 2 batang
  • Rempah kari – 5 sudu besar
  • Daun kari – 2 tangkai
  • Buah pelaga – 5 biji
  • Bunga lawang – 3 kuntum
  • Kulit kayu manis – 1 batang
  • Santan – 3 cawan
  • Cili merah – secukupnya
  • Cili hijau – secukupnya
  • Daun bawang – secukupnya
  • Bawang goreng – secukupnya
  • Tauge – 100 gram
  • Telur – 5 biji
  • Garam – secukup rasa
  • Gula – secukup rasa
  • Minyak masak – secukupnya

Baca artikel: Sihatkan jantung dengan memakan cili

Cara menyediakan:

  1. Rebus kulit udang dan kisarkan sehingga halus.
  2. Simpan air rebusan itu tadi ke tepi.
  3. Kisar bawang putih, bawang merah, halia dan serai.
  4. Panaskan minyak masak sebelum menumis buah pelaga, bunga lawang dan kulit kayu manis hingga naik bau.
  5. Masukkan semua bahan kisar tadi bersama rempah kari dan daun kari.
  6. Kacau perlahan-lahan sehingga pecah minyak.
  7. Masukkan ayam dan kacau seketika.
  8. Masukkan air rebusan udang bersama santan.
  9. Masukkan isi udang, kerang, bebola ikan dan asam gelugor.
  10. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  11. Kacau sehingga semua bahan menjadi sebati.
  12. Asingkan kuah yang telah siap dimasak ke dalam mangkuk.
  13. Hidangkan kuah tersebut bersama mi, hirisan cili merah, cili hijau, daun bawang, bawang goreng, tauge dan telur rebus.
  14. Mi Kari siap untuk dinikmati.
 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!