Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

MinNature

Mercu tanda negara bersaiz mini di Subang Jaya – MinNature

Bosan dengan bangunan-bangunan yang besar dan tinggi di Kuala Lumpur? Bagaimana jika semua bangunan tersebut dikecilkan menjadi bangunan yang kecil? Di MinNature Malaysia, anda boleh melihat bangunan, pokok dan kenderaan yang bersaiz mini ini.

Koleksi model bersaiz kecil di dalam dewan tertutup yang terletak di Summit USJ ini merupakan yang terbesar di Asia. Kebanyakan model dan diorama yang berada di MinNature ini juga akan diubah setiap minggu supaya pengunjung tidak bosan untuk mengunjunginya semula.

Terdapat juga suis yang boleh anda tekan untuk melihat kesan interaktif pada beberapa model mini yang terdapat di sini. Dan apa yang menjadikan model-model mini ini lebih menarik ialah ia direka oleh anak-anak Malaysia.

Mereka juga menyediakan beberapa aktiviti menarik di sini seperti treasure hunt, cari barang pameran yang hilang dan bengkel untuk membina model mini anda sendiri.

MinNature

MinNature

MinNature

MinNature

MinNature

MinNature

MinNature

Lokasi:
Lot 4.03A & 4.05, Level 4, The Summit Subang 47600 Subang Jaya.

Waktu operasi:
10 pagi – 7 malam pada setiap hari. (pintu masuk akan ditutup pada jam 5.30 petang)

Sumber gambar: minnature.com

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!