Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

Masuk stadium tanpa tiket? FAM dikecam penyokong Harimau Malaya

Dah tahun 2018, dan hampir memasuki tahun 2019. Tetapi masalah tiket tetap berlaku. Masalah ini bermula ketika proses jualan tiket bermula. Bagaimana tiket berjumlah 20,000 boleh habis dijual dalam tempoh 20 minit secara atas talian, dan 40,000 tiket boleh habis di kaunter stadium dalam tempoh satu jam walaupun hanya 2 buah kaunter yang beroperasi?

Jumlah tiket yang dijual juga sangat meragukan, kerana jumlah penonton yang berada di dalam stadium sempena perlawanan akhir Malaysia menentang Vietnam pada Piala AFF Suzuki terlalu ramai sehingga memenuhi ruang tangga.

Terdapat juga penonton yang melahirkan rasa kecewa dan menyesal kerana membeli tiket dan hadir ke stadium, tetapi tidak dapat menonton aksi final tersebut dengan puas kerana terdapatnya penonton yang terpaksa berdiri sepanjang perlawanan dan menghalang penglihatan mereka.

Yang lebih mengejutkan, kejujuran penjaga pintu masuk ke stadium juga turut dipersoalkan.

Masuk stadium tanpa tiket

Sudah tiba masanya untuk FAM berubah! Tiket yang dijual harus menyediakan nombor pada tempat duduk, dan tidak lagi menggunakan kaedah ‘free seating’.

Namun tahniah tetap harus diucapkan kepada skuad Harimau Malaya yang berjaya bangkit untuk mengikat kedudukan 2-2 pada aksi final pertama Piala AFF Suzuki 2018.

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!