Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

Movie Animation Park Studios

Masuk percuma ke Taman Tema MAPS (Movie Animation Park Studios)

Kemasukan ke Taman Tema MAPS (Movie Animation Park Studios) yang terletak di Ipoh, Perak adalah percuma bermula 1 Mac 2019 nanti. Caj pengangkutan yang disediakan di taman tema tersebut pula hanya RM3.

Sejajar dengan harga baru ini, Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal, mengumumkan taman tema tersebut turut menyelaraskan waktu operasinya. Setiap hari Isnin hingga Khamis, waktu operasinya adalah pada jam 4 petang hingga 12 tengah malam, manakala pada hari Jumaat hingga Ahad akan mula beroperasi pada jam 10 pagi sehingga 12 tengah malam.

Sesiapa yang telah membeli tiket untuk tarikh selepas 1 Mac 2019 pula jangan risau. Hanya bawa dan pamerkan tiket yang telah dibeli di kaunter tiket, bagi mendapatkan akses tanpa had untuk semua permainan yang disediakan, kecuali Rumah ‘Hantu The Sacred Riana’ dan ‘BoBoiBoy Cattus Coaster’.

Movie Animation Park Studios

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Movie Animation Park Studios di Facebook atau Instagram rasmi mereka.

Sumber gambar: Instagram @maps_perak

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!