Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

Manfaat tiram

Manfaat tiram terhadap seks dan sistem reproduktif

Manfaat tiram ini adalah pelbagai terutamanya terhadap kesihatan si pemakannya. Ia kerana tiram memiliki pelbagai mineral penting yang diperlukan oleh tubuh badan manusia. Khasiatnya juga dikatakan mampu untuk memperbaiki sel dan menghasilkan DNA.

Selain sumber protein yang tinggi dan rendah kadar lemak, ia dikatakan mampu meningkatkan sistem imunisasi dalam badan. Manakala kandungan vitamin B12 dan Omega 3 mampu meningkatkan kemampuan otak untuk lebih mudah fokus.

Menurut kajian, zink yang yang terdapat pada tiram pula dapat melindungi kerosakan yang berkaitan kanser prostat. Malah ia juga dapat meningkatkan fungsi seks dan sistem reproduktif dan menambahkan jumlah sperma.

Manfaat lain tiram adalah menjadikan kadar kolestrol dalam badan lebih stabil selain mampu untuk menurunkan tekanan darah.

Tetapi anda juga dinasihatkan untuk berhati-hati jika memakan tiram mentah kerana anda boleh terdedah kepada jangkitan vibrio vulnificus. Jangkitan ini boleh membahayakan si pemakan yang mempunyai penyakit hati, diabetis, rheumatoid arthiritis atau penyakit berkaitan buah pinggang.

Baca artikel: Kenapa ‘kaki kencing’ harus makan labu?


Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter & Instagram.

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!