Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

Liga Perdana Eropah

📷 : Instagram @manchesterunited

Manchester United & Liverpool jadi penggerak utama untuk tubuhkan Liga Perdana Eropah?

Manchester United dan Liverpool akan menjadi menjadi penggerak utama dalam proses perbincangan untuk membentuk Liga Perdana Eropah, dengan melibatkan lima pasukan dari Liga Perdana Inggeris, selain Real Madrid, Barcelona, dan beberapa pasukan dari Perancis, Itali dan Jerman.

Perbincangan yang dianggarkan bernilai £4.6 bilion itu merupakan usaha oleh dua pasukan gergasi tersebut untuk memberikan wajah baharu kepada permainan bola sepak, menurut laporan yang didedahkan oleh Sky News. Malah FIFA yang menjadi badan induk persatuan bola sepak dunia juga dilaporkan turut terlibat dalam perbincangan tersebut.

 

View this post on Instagram

 

Ready for @championsleague football, Reds? … #LFC #LiverpoolFC #UCL

A post shared by Liverpool Football Club (@liverpoolfc) on

Cadangan yang inovatif ini akan menyaksikan beberapa pasukan dari seluruh England, Perancis, Jerman, Itali dan Sepanyol untuk menjadi anggota pertandingan baharu tersebut.

Tarikh yang dicadangkan untuk memulakan Liga Perdana Eropah tersebut adalah pada tahun 2022.

Pertandingan yang dijangka akan disertai oleh 18 pasukan itu juga akan diadakan pada musim yang biasa dimainkan oleh kebanyakan pasukan di Eropah.

Format liga yang dijalankan seperti biasa itu akan diikuti oleh beberapa pasukan teratas untuk memasuki pusingan kalah mati sebelum dinobatkan sebagai juara.

Manakala ganjaran hadiah wang tunai untuk pasukan yang menang adalah bernilai ratusan juta pound setiap tahun.

Walaupun belum ada pengesahan rasmi mengenai cadangan tersebut, ia dijangka akan diselesaikan menjelang hujung bulan ini.

Big Six

Selain Manchester United dan Liverpool, Arsenal, Chelsea, Manchester City, serta Tottenham dilihat sebagai calon yang berpotensi untuk menyertai Liga Perdana Eropah tersebut.

 

View this post on Instagram

 

⚔️ . . Which of these matches are you looking forward to most? #MUFC #PremierLeague

A post shared by Manchester United (@manchesterunited) on

Jika laporan tersebut adalah benar, salah satu pasukan yang bergelar ‘Big Six‘ di Liga Perdana Inggeris bakal terlepas peluang untuk menyertai kejohanan yang bakal ditubuhkan itu.

Baca artikel: Rakyat United cari pemain untuk saingan Liga Super / Liga Perdana?

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!