Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

Manchester City mempertahankan kejuaraan Piala EFL Carabao

Manchester City mempertahankan kejuaraan Piala EFL Carabao

Manchester City mempertahankan kejuaraan Piala EFL Carabao, setelah Raheem Sterling menjaringkan gol kemenangan dalam penentuan sepakan penalti setelah masa permainan berakhir tanpa jaringan.

Manchester City mempertahankan kejuaraan Piala EFL Carabao
Raheem Sterling ketika meraikan kemenangan Piala EFL Carabao 2018-2019.

City yang membelasah pasukan Chelsea 6-0 pada 2 minggu lepas, gagal mempamerkan aksi yang sama pada perlawanan akhir ini, apabila Maurizio Sarri menukar corak permainan pasukan Chelsea dengan menyingkirkan Gonzalo Higuain dari kesebelasan utama skuad mereka.

Baca artikel: Aguero menyamai rekod Shearer selepas menewaskan Chelsea 6-0

Boleh dikatakan keseluruhan permainan ini dikuasai oleh skuad kendalian Pep Guardiola, tetapi mereka tetap gagal untuk menjaringkan gol, walaupun terdapat 3 percubaan tepat ke arah gawang pasukan Chelsea sepanjang tempoh permainan.

Dengan nasib yang lebih memihak kepada pasukan City, sepakan Jorginho dan David Luiz gagal menerjah gawang gol untuk membantu Chelsea ketika penentuan sepakan penalti tersebut, manakala Leroy Sane turut gagal menjaringkan gol untuk pasukan City. Penentuan sepakan penalti yang berakhir dengan keputusan 4-3, menjadikan Piala EFL Carabao sah menjadi milik pasukan Manchester City.

Untuk rekod, pasukan City kini hanya kekurangan dua piala untuk menyamai rekod Liverpool dalam kejohanan Piala EFL. Malah kejuaraan ini juga merupakan kejayaan yang keempat untuk pasukan City dalam tempoh 6 tahun untuk memenangi piala tersebut.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Manchester City (@mancity) on

Rekod Piala EFL
1. Liverpool (8 kejuaraan)
2. Manchester City (6 kejuaraan)
3. Manchester United (5 kejuaraan)
4. Aston Villa (5 kejuaraan)
5. Chelsea (5 kejuaraan)

Sumber foto: Instagram @ManCity

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!