Maleficent 2 dijangka menjadi sebuah lagi filem box office yang dikeluarkan oleh Walt Disney Studios. Filem yang sepatutnya dikeluarkan pada tahun 2020, kini telah mengubah tarikh mereka kepada penghujung tahun ini.

Bermula dengan Captain Marvel, Disney bakal menayangkan lebih banyak filem-filem menarik sepanjang tahun ini seperti Dumbo, Avengers: Endgame, Aladdin, Toy Story 4, The Lion King, Artemis Fowl, Frozen 2 dan Star Wars: Episode IX, selain filem Maleficent 2.
Pada tahun 2018 sahaja, filem-filem yang dihasilkan oleh Disney telah menghasilkan keuntungan sebanyak AS$ 7.3 bilion, seterusnya diikuti oleh Warner Bros (AS$ 5.5 bilion), dan Universal (AS$ 4.9 bilion).
Manakala filem Maleficent pertama yang dibintangi oleh Angelina Jolie pada tahun 2014 sahaja telah mengutip keuntungan sebanyak AS$ 758 juta di seluruh dunia.
Diharapkan filem Maleficent: Mistress of Evil yang bakal memasuki pawagam pada 18 Oktober 2019 juga mampu untuk menandingi filem terdahulu.

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.
lagendapress@gmail.com
Artikel berkaitan
Siri konsert maya #LiveKatRumah bersama ikon muzik tempatan
6 selebriti antarabangsa berketurunan Asia
8 selebriti popular yang berjaya pecahkan rekod dunia Guinness