Majlis undian Piala AIRMARINE 2019 yang berlangsung di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam menyaksikan skuad kendalian Tan Cheng Hoe akan bertemu pasukan Singapura pada 20 Mac 2019 ini. Sementara pasukan Oman pula bakal berhadapan dengan Afghanistan yang menggantikan tempat Solomon Islands.
Solomon Islands yang berada di kedudukan 143 dunia dalam ranking FIFA terpaksa menarik diri kerana mereka mempunyai perlawanan persahabatan menentang Chinese Taipei pada 24 Mac 2019, iaitu sehari selepas berakhirnya Piala AIRMARINE 2019.
Dua pasukan yang menang pada perlawanan pertama kejohanan ini akan bertemu di final Piala AIRMARINE 2019 yang dijadualkan berlangsung pada 23 Mac 2019. Manakala dua pasukan yang tewas pada perlawanan pertama itu akan bertembung untuk penentuan tempat ketiga dan keempat.
Berdasarkan ranking semasa FIFA, Oman berada di kedudukan ke-90 dunia, diikuti Afghanistan (147), Singapura (165) dan Malaysia (167).
Sumber gambar: fam.org.my

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.
lagendapress@gmail.com
Artikel berkaitan
Messi atasi rekod Pelé
Robert Lewandowski menangi anugerah FIFA sebagai Pemain Lelaki Terbaik 2020
Schumacher juara F2 2020