Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

Makaroni Ayam Bersalad

Makaroni Ayam Bersalad

Bahan-bahan:

  • Makaroni – 100 gram
  • Dada ayam – 20 gram
  • Lada benggala merah – 5 gram
  • Lada benggala kuning – 5 gram
  • Bawang merah – 5 gram
  • Daun parsli – 1 gram
  • Sos salad berkrim Itali – 30 gram
  • Serbuk perasa – secukup rasa
  • Serbuk lada hitam – secukup rasa
  • Minyak masak – secukupnya

Cuba resipi: Sos Salad Berkrim Itali

Cara menyediakan:

  1. Bersihkan ayam dan panggang sehingga setengah masak.
  2. Ratakan ayam dengan sedikit serbuk perasa.
  3. Panaskan minyak masak ke dalam kuali sebelum menggoreng ayam hingga masak sepenuhnya.
  4. Potong ayam yang telah siap dimasak mengikut saiz yang dikehendaki sebelum diasingkan ke tepi.
  5. Celur makaroni sehingga lembut dan tuskan airnya sebelum diasingkan ke tepi.
  6. Hiris bawang merah, lada benggala merah, lada benggala hijau dan daun parsli.
  7. Gaulkan semua bahan hirisan tadi bersama makaroni, ayam, serbuk perasa dan serbuk lada hitam.
  8. Tuangkan sos salad berkrim Itali ke dalamnya.
  9. Makaroni Ayam Bersalad siap untuk dinikmati.
 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!