Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

Pusat latihan Liverpool

📷 : liverpoolfc.com

Liverpool dedahkan rupa pusat latihan baharu bernilai lebih RM270 juta

Liverpool telah mendedahkan rupa dalaman pusat latihan baharu bernilai lebih RM270 juta, melalui satu ciapan di akaun Twitter @LFC. Pasukan bimbingan Jurgen Klopp dijangka bakal berpindah ke pusat latihan baharu yang terletak di Kirkby, pada bulan November 2020.

Perpindahan tersebut bakal menyaksikan Liverpool meninggalkan pusat latihan penuh bersejarah yang kini terletak di Melwood, setelah menggunakannya selama 70 tahun.

📷 : liverpoolfc.com

Pusat latihan baharu yang berkeluasan 9,200 meter persegi ini mempunyai dua buah gimnasium, kolam renang, hidroterapi dan pusat rehabilitasi.

Manakala pejabat Jurgen Klopp, akan memiliki balkoni yang menghadap ke padang latihan bagi memudahkan pengurus pasukan Reds itu mengawasi aktiviti latihan yang dilakukan oleh pemainnya.

Perpindahan tersebut hanya dapat dilakukan pada bulan November 2020, setelah kerja-kerja pembinaan pusat latihan baharu itu tertangguh akibat pandemik Covid-19 yang sedang melanda seluruh dunia.

Kali pertama pasukan Liverpool mengumumkan niat mereka untuk berpindah ke Kirkby adalah pada tahun 2017, apabila Klopp merasakan pusat latihan di Melwood adalah sangat kecil.

📷 : liverpoolfc.com

“Saya sangat menyukai Melwood, tetapi bola sepak berubah,” – Jurgen Klopp

“Kami tidak dapat mengelakkan perkara ini. Kami tidak boleh kekal seperti dahulu dan berharap dapat mengatasi kelab lain,” menurut apa yang pernah diperkatakan oleh Klopp pada tahun 2017.

Manakala nama untuk pusat latihan tersebut adalah AXA Training Centre (Pusat Latihan AXA), setelah syarikat AXA mengumumkan untuk meneruskan tajaan kepada pasukan Liverpool.

Baca artikel: Rakyat United cari pemain untuk saingan Liga Super / Liga Perdana?

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!