Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

Lempeng Oat Bertuna

Lempeng Oat Bertuna

Bahan-bahan:

  • Tepung gandum – 2 cawan
  • Quaker Oats – 1 cawan
  • Telur – 1 biji
  • Garam – ½ sudu teh
  • Tuna – secukupnya
  • Daun salad – secukupnya
  • Tomato – secukupnya
  • Timun – secukupnya
  • Minyak masak – secukupnya
  • Air – secukupnya

Baca artikel: 10 jenis hidangan untuk bantu kurangkan berat badan

Cara menyediakan:

  1. Gaulkan tepung gandum, quaker oats, telur dan garam bersama sedikit air sehingga sebati.
  2. Panaskan sedikit minyak ke atas kuali leper.
  3. Tuangkan dua senduk adunan tadi ke dalam kuali.
  4. Ratakan adunan tersebut di dalam kuali sehingga sedikit garing sebelum diterbalikkan.
  5. Angkat dan letakkan lempeng yang telah siap dimasak ke atas pinggan.
  6. Letakkan daun salad ke atas lempeng dan ratakan tuna ke atasnya.
  7. Letakkan tomato dan timun yang telah siap dihiris ke atas lempeng.
  8. Gulungkan lempeng tersebut.
  9. Lempeng Oat Bertuna siap untuk dinikmati.
 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!