Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

Keselamatan rumah ketika bercuti

Lakukan perkara ini untuk memastikan keselamatan rumah ketika bercuti

Percutian memang aktiviti yang menyeronokkan terutamanya bersama keluarga. Namun percutian bersama keluarga pasti akan menjadikan rumah tidak berpenghuni melainkan anda mengupah seseorang untuk menjaga rumah anda.

Oleh kerana itu, tindakan meninggalkan rumah begitu sahaja boleh menjadi langkah yang tidak bijak. Malah ia mungkin mengundang penjenayah untuk merompak rumah anda. Ia kerana rumah yang dibiarkan begitu sahaja pasti dapat dikesan dengan mudah.

Beberapa langkah berikut boleh dijadikan panduan asas untuk memastikan keselamatan rumah ketika anda sedang bercuti.

  • Pastikan semua pintu dan tingkap rumah berkunci dengan rapi.
  • Pastikan tiada barang berharga dapat dilihat dengan mudah dari luar rumah. Jika anda dapat melihatnya bermakna penjenayah juga mungkin dapat melihatnya juga ketika melalui rumah anda.
  • Pastikan semua plug barangan elektronik yang tidak digunakan telah dicabutkan. Ia untuk mengurangkan kebarangkalian berlakunya litar pintas dan terjadinya kebakaran.
  • Pastikan rumah anda seperti berpenghuni dengan menggunakan timer pada lampu dan televisyen. Jika tidak, minta bantuan jiran untuk menyalakan lampu rumah anda setiap hari.
  • Jangan meninggalkan tanda rumah anda tidak berpenghuni. Sekali lagi bantuan jiran amat diperlukan untuk mengambil surat-surat dari peti surat rumah anda.
  • Jangan biarkan langsir rumah bertutup rapat jika anda sering membiarkannya terbuka. Pastikan rumah dalam keadaan yang biasa seperti anda berada di rumah.
  • Jangan maklumkan pada media sosial mengenai percutian anda. Ia seperti memaklumkan rumah anda selamat untuk dirompak oleh mereka ketika percutian tersebut.
  • Jangan sembunyikan kunci pendua di luar rumah anda. Perompak pasti dapat mengesannya dengan mudah kerana itu merupakan pekerjaan mereka.
  • Cabut paip pada gas memasak untuk mengelakkan kebocoran.
  • Gunakan lampu pengesan pergerakan di sekeliling rumah untuk menakutkan mereka yang cuba menceroboh ke kawasan rumah anda.
  • Pasang penggera keselamatan dan CCTV. Ia merupakan langkah terbaik untuk memastikan keselamatan rumah anda.

Anda boleh bercuti dengan tenang jika telah memastikan keselamatan rumah ketika bercuti.

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!