Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

Kubis Gulung Ikan

Kubis Gulung Ikan

Bahan-bahan:

  • Kubis cina – 500 gram
  • Isi ikan – 300 gram
  • Cendawan butang – 100 gram
  • Lobak merah – 100 gram
  • Daun bawang – 100 gram
  • Minyak zaitun – 1 sudu besar
  • Gula – 1 sudu besar
  • Garam – ½ sudu kecil
  • Minyak bijan – ½ sudu kecil
  • Sos hoisin – 2 sudu besar
  • Air – secukupnya

Baca artikel: 10 jenis hidangan untuk bantu kurangkan berat badan

Cara menyediakan:

  1. Masukkan air secukupnya ke dalam periuk pengukus sebelum memanaskannya.
  2. Celur daun kubis ke dalam air yang mendidih sehingga agak lembut sebelum diasingkan ke tepi.
  3. Kisar isi ikan, cendawan butang, lobak merah dan daun bawang bersama sedikit air.
  4. Gaulkan semua bahan kisar tadi bersama minyak zaitun, gula, garam, minyak bijan dan sos haisin hingga sebati.
  5. Letakkan sedikit bahan yang telah digaul tadi ke atas daun kubis yang telah siap dicelur.
  6. Gulungkan daun kubis tersebut.
  7. Ulang langkah 5 dan 6 sehingga semua bahan habis digunakan.
  8. Masukkan daun kubis yang telah siap digulung ke dalam periuk pengukus.
  9. Biarkan dikukus selama kira-kira 4 minit.
  10. Angkat dan hidangkan di atas pinggan.
  11. Kubis Gulung Ikan siap untuk dinikmati.

**Boleh gunakan apa sahaja jenis ikan yang disukai.

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!