Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

Kuah Kacang

Kuah Kacang

Bahan-bahan:

  • Kacang tanah – 200 gram
  • Bawang kecil – 5 gram
  • Lengkuas – 1 inci
  • Cili kering – 5 tangkai
  • Santan – 10 gram
  • Serai – 2 batang
  • Gula Melaka – 10 gram
  • Minyak masak – 4 sudu
  • Garam – secukup rasa

Cara menyediakan:

  1. Goreng dan kisar kacang tanah sebelum diasingkan ke tepi.
  2. Panaskan minyak masak di dalam kuali dan tumis bawang kecil serta lengkuas yang telah dikisar sehingga naik bau.
  3. Masukkan cili kering yang telah dikisar dan biarkan masak sehingga garing.
  4. Masukkan kacang tanah yang telah digoreng dan dikisar tadi bersama santan dan serai yang telah diketuk.
  5. Kacau perlahan-lahan sehingga santan menggelegak.
  6. Masukkan gula Melaka dan garam secukup rasa.
  7. Biarkan masak seketika hingga kuah kacang menjadi pekat.
  8. Hidangan kuah kacang siap untuk dinikmati bersama sate dan nasi impit.

Baca artikel: 8 manfaat timun terhadap kesihatan

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!